Saturday, December 27, 2008

Jangan Malu Cakap Melayu (part 1)

Note 1 : Artikel ini akan ditulis dalam kedua-dua bahasa melayu dan inggeris.
Note 2 : Wtf is 'What the eff'

Beberapa hari yang lepas, saya telah berpeluang untuk berjumpa dengan beberapa sasterawan negara demi membentangkan beberapa cadangan kami. Seperti biasa, saya membentangkan cadangan kami dengan penuh semangat yang tidak ingat dunia, terlebih teruja dan kadangkala, ketawa sendiri sebagai satu mekanisme untuk menutup malu apabila tersasul cakap.

Setelah menghujani penonton di kawasan dihadapan saya dengan air liur, entah beberapa minit setelah perbentangan saya selesai, saya ditegur oleh Dato B.

Dato B : You dont speak Malay ke?
Me : Cakap...
Dato B : Liza, you should speak Malay more tau because you nak bentang pada orang-
orang yang titikberatkan bahasa melayu.
Me : (actual thinking) Oh crap.. what is wrong with me!
Dato B : Lebih-lebih lagi, you are in this industry..
Me : (actual thinking) Tripple crap... (telling myself)..speak malay, you retard!

Punyalah penguasaan dalam bahasa melayu saya amat lemah sehinggakan, saya nak kutuk diri sendiri pun dalam bahasa inggeris.Apabila saya ditegur olah Dato B. mengenai pertuturan saya yang kurang sempurna dalam bahasa melayu itu, saya merasa amat-amat teramat malu terutama kerana saya berada dalam industri yang mmenitiberatkan penggunaan bahasa melayu.

Saya pun pulang ke ofis dan mengadu kepada rakan kongsi syarikat saya.

Me : You tau tak ...Dato B cakap kita tak leh cakap Melayu?
Rakan Kongsi 1 : Ayah Alwi pun cakap benda yang samalah, Liza!
Me : (thinking) Oh crap...

BTW, Ayah Alwi is Syed Alwi the man responsible for the wonderful play 'Alang Rentak Seribu' May God bless his soul/Semoga roh Ayah Alwi dicucuri rahmat.

Apa yang membuat saya lebih malu/marah pada kecacatan bahasa saya adalah kerana syarikat kami sedang berikhtiar untuk menjadikan bahasa melayu 'cool' balik. Rupa-rupanya, aku pun cakap melayu tersekat-sekat macam sembelit jek. wtf.

Secara jujur, saya paling pantang bila seorang yang berkerakyatan Malaysia bilang 'My malay is so bad'. Wtf. Kau belajar apa bahasa tu kat sekolah.. Apahal tak boleh cakap Melayu....Ada beberapa jenis rakyat malaysia yang pernah mengeluarkan statement yang mengatakan mereka malu dengan bahasa melayu:

Rakyat Malaysia A : I wish i could write like you but Malay is so bad... (sambil cedok sambal belacan)
Rakyat Malaysia B : I'm being interviewed tomorrow but my malay is so Baddddd.. Oh Noo, what am i going to do?
Rakyat Malaysia C at a Starbucks in Balakong : Can i have one CaRRRRRRamel Machiatto? Venti, yeahhhhhh? (penekanan kepada 'r' seperti orang-orang America demi menghapuskan slanga Melayu)
Rakhyat Malaysia D: .. WhateveRRRRR....(penekanan kepada 'r' seperti orang-orang America demi menghapuskan slanga Melayu)
Rakyat Malaysia E : She's so nice, RRRRite!....(penekanan kepada 'r' seperti orang-orang America demi menghapuskan slanga Melayu)

Sebenarnya, tidak salah menggunakan slanga Melayu ketika berbahasa inggeris. Bahkan orang-orang Perancis, Germany, China, India dan lain-lain negara menggunakan slanga masing-masing semasa bertutur bahasa inggeris. Of course ada 'exception' to the rule iaitu Deejay/veejay channel radia/video di nusantara ini sahaja yang laju bertelo Amerrrrican/British memandangkan MTV dimiliki Amerika Syarikat..

Hmmm.. tapi actuallynya, saya pun pernah menjadi seperti A.B.C.D.E.F juga di atas. And i'm still like that sometimes. Kalaulah saya menjadi karektor utama (Scrooge)dalam filem Christmas Carol (dalam kes ini Dendang Idulfitri), dimana saya ditemukan dengan Ghost of the Christmas Past(dalam kes saya ini, Hantu Idulfitri Masa lampau) dan saya dibawa balik ke zaman ketika saya muda, saya pasti akan berbisik pada Hantu Idulfitri Masa Lampau, ' Mengadanya budak nih!' Hantu Idulfitri Masa Lampau akan membalas, ' Memang.. '

Tetapi, kadang-kadang harus juga aplikasikan juga slanga mat salleh ni. Especially, kalau saya masuk Starbucks dan saya dilayani oleh Barista yang sungguh berlagak dan menekankan slang Inggeris -KLnya semasa saya nak mengambil order saya. Dalam situasi sedemikian, saya pun menggulung lidah saya dan mengeluarkan slang saya itu. Biasanya aku cakap Melayu jek nak order air ni..

Tetapi, saya ada sebab kenapa bahasa Melayu saya menjadi sungguh 'wtf'

1)i had to keep up with the yuppie crowd. Saya pernah bekerja di syarikat-syarikat international yang secara umumnya bercakap inggeris dan dimana apabila saya tersebut 'Alamak', saya di tenung seperti saya telah melakukan jenayah besar.

2) Satu per empat daripada hidup saya dibesarkan di luar negara. Brace yourself - ini merupakan justifikasi yang agak panjang. Biasanya, saya tak suka sangat nak sentuh sejarah hidup saya kerana malas dipersoalkan tapi demi 'drilling' down the idea of today's topic, okaylah...

Saya sempat bersekolah di sekolah pra-sekolah (pre-school) di UK, sekolah rendah dan sekolah tinggi di Amerika Syarikat dan akhirnya melanjutkan pelajaran di universiti di UK. Saya tahu perasaannya menjadi pelajar berbangsa Asia semasa bersekolah di Churchil Road Elementary School. Saya pernah dicemuh kerana berkulit sawo matang dan bercakap dengan slanga Melayu oleh pelajar-pelajar di Amerika Syarikat. Malah seorang rakan saya di sana yang berkerakyatan Amerika tetapi keturunan cina pernah memberitahu saya 'My dad says i shouldnt be friends with you because you have an accent'. Wtf. Of course, at that time, i didnt know any curse words so all i could think of is 'Alamak!'. Lepas tu, balik rumah - nangis.. (Come on, i was just 10 years old. Cruel thing to be said to a child)

Nasib baik saya seorang yang agak mesra rakyat, kerana gadis berbangsa taiwan itu lambat laun menjadi kawan karib saya (padan muka ayah dia haha). Tetapi kerana kenyataannya yang sungguh menghina, saya terpaksa memperhalusi slanga american saya. Susah hidup kat Amerika Syarikat kerana saya bukan bangsa america dan beragama islam. Tetapi apa-apapun, saya amat suka bersekolah di sana kerana ianya memang seronok dan Mr Bott adalah cikgu yang paling best. ( I will talk about how fun the education system in America one day). Disebabkan peperiksaan SRP di Malaysia, ayah saya telah menghantar saya dan kakak saya pulang ke Malaysia ke sebuah Asrama Berasrama Penuh yang secara dasarnya sangat-sangat Melayu. Masa tu memang saya rasa 'wtf' dan terkejut beruk. Terutama setelah berada tiga tahun diU.S, sukar bagi saya dan akak saya untuk sekali lagi membuat peralihan bahasa. Secara terus terang, saya sudah selesa tinggal disana dan terlupa kami harus pulang ke Malaysia. Dah lah, anak-anak expatriate Malaysia yang dihantar pulang ke mana-mana sekolah Asrama Penuh secara amnya, dianggap oleh pelajar-pelajar di sekolah asrama penuh sebagai 'anak-anak orang kaya yang spoil dan mangkuk dalam pelajaran'.

I was not spoil and was not mangkuk dalam pelajaran ( i admit, i was at first though. hehe..) Tapi bosan sey dianggap bodoh dalam pelajaran.. tapi lagi bosan bila asyik kena ejek 'berabuk'..

And that's part 1... to be continued.

4 comments:

NAVITAZ COMMUNICATIONS said...

Hi Wan, I just wanna say that I love your writings after just seeing one - BELLA!

You inspired me and the same time intimidate my (ambition) to become a great scriptwriter like you. Like, to achieve your stage is so damn susah and far fetched.

I was wondering if the bakat is in born or dipraktiskan sebanyak mungkin...

Will look out for your work more after this! :)

Aku yang berangan,
-Eve Zulaikha

WAN HASLIZA said...

Hi there Eva Zulaikha,

TQ for your support.

Anyway, dont be intimidated by me and nothing is far fetched. Really... You just have to begin the journey and dont be afraid of making mistakes. You'll find that there a certain joy of accomplishing a piece of writing, no matter how bad you may perceive it is...

Can't answer you as to whether bakat is in born or dipraktiskan sebanyak mungkin coz i really dont have the answer.. In my case, i guess its a lot of practice. I used to read a lot and now, write a lot.

Anyway,start writing... You'll never know where it'll take you. :)

:: Aku :: said...

1st time baca ur 1st post... :) best...tu blum dengar skrip BELLA awak lagi tu...

takpe... :aku: akan cakap melayu dalam blog ko...tapi carca marba jugak laa... :) hope don't mind

Ajami Hashim said...

yarabi! tekekek-kekek gua membaca posting ih! kahkahkah!