Thursday, January 1, 2009

Jangan Malu Cakap Melayu (part 2)

Note 1 : Artikel ini akan ditulis dalam kedua-dua bahasa melayu dan inggeris.
Note 2 : Wtf is 'What the eff'
Note 3 : Wtmf is 'What the mother eff'
Note 4 : ada part-part yang telah di-over-dramatize untuk memberi pengalaman penceritaan yang lebih efektif.

.....bersambung dari Jangan Malu Cakap Melayu (part 1)

Apa-apa pun, keputusan arwah ayah saya untuk menghantar saya dan kakak saya pulang ke motherland malaysia mungkin √°dalah keputusan yang saya merasa amat wtmf kerana disebabkan Cikgu J., guru Bahasa Malaysia tingkatan Dua Bestari.

Ya. Cikgu J.

Bayangan Cikgu J, cukup membuat saya menggeletar ge-ge-ge-ge..…. (shiver) Cikgu J (yang saya andai dalah seorang yang berketurunan Jawa melalui namanya - spekulasi yang saya garap melalui kemahiran deductive reasoning saya), merupakan individu tenaga pengajar bahasa malaysia yang serious tak bagi chan langsung dan sering membuat saya melakukan perkara-perkara diluar kerelaan diri saya seperti public speaking, berpantun dan bersajak di hadapan orang ramai.

Malah, saya rasa Cikgu J, saya percaya, telah menjadikan saya satu KPI bagi dirinya. His personal performance Appraisal probably looked like this :

Objective : Ajar budak US yang berambut besar dan suka tidor dalam kelas tu (i believe i had jet lag for almost 4 years), cakap melayu macam orang melayu.
KPI : 1. Zero pelat amerika 2. % of susunan ayat betul 3. % of penambahan malay vocabulary dalam penggunaan bahasa melayu seharian.
Tools : Apa-apa yang patut.. (ketawa gangster)

Of course, that's my overdramatization, pasal KPI's dont exist until end of 1990s.

The thing is, Cikgu J. treat saya seolah saya langsung tak boleh cakap Melayu. Which is sooooo not true. Saya tidak pernah lupa berbahasa Melayu malah saya berbahasa melayu di rumah disebabkan ibu saya dan adik-adik saya memang tidak fluent bercakap English.

Saya berikan satu scenario di rumah saya di McLean, Virginia, USA:

Mak : Kau kemas bilik kau ni! Dah besar panjang tak reti-reti nak kemas bilik. Kau ingat Mak ni kuli kau ke, hah? Kerja asyik nak menyerak aje!
Me : Mom, you don’t understand me!!

Yes, Malay was alive in the suburbs in USA. Tapi, yes, saya pun tidak dapat escape daripada terkena angst teen syndrome macam teenage2 lain kat amerika itu.

Of course, Cikgu J doesnt know that and thinks im freaking useless in malay. Oleh yang demikian, dengan cermin mata besar frame besi yang agak tinted yang dianggap stylo ketika itu dan muka yang sungguh sinister itu, Cikgu J (yang seriously, tidak memahami konsep ‘ Give her a break’ atau ‘ Just let it go, damn it…) telah mengenakan deraan malay-sual yang bertubi-tubi. Setiap hari di bilik guru di tingkat ground floor, Cikgu J akan menggosok kedua tapak tangannya sambil mengeluarkan ketawa yang kuat (jenis yang menggunakan muscle perut) dan merancang cara-cara untuk meng-torment saya melalui pelajaran Bahasa Malaysia untuk SRP.
Segala jenis taktik digunakan untuk me-melayukan saya seperti (i) memaksa saya menjawab soalan ketika saya sedang khushuk membuat mini-vandalisation doodle art atas meja bangku kayu saya, (ii) memaksa saya menyambung pantun (cis!), (iii) menulis dan membaca sajak ( effing abhor this!)in public dan (iv) sudah tentu yang paling kronik and i really effing hate this one - adalah memberi syarahan di hadapan class. Saya masih ingat lagi.. long sigh.. membuat latihan syarahan dihadapan kelas di mana topik yang saya pilih adalah mengenai kepupusan binatang tetapi sepanjang syarahan tersebut, hanya tiga perkataan berdetik dalam kepada saya iaitu, yes you guessed it – wtf. Ini disebabkan oleh rakan-rakan kelas saya yang obviously tidak tertarik dengan what i had to say because i was soo effing crap dan juga kerana saya telah detect ada mata-mata yang telah separa katup, disebabkan migrasi mereka ke dunia subconscious. Sudah tentu, saya mula gabra disebabkan ini. So, secara naturalnya, I went on and on and tidak lama kemudian dan with full consciousness, saya mula bercakap pada kelajuan 160km sejam dan menukar syarahan tersebut kepada bahasa inggeris.

Yes, Cikgu J. was not amused. Hehehe..

And as i walked back to my desk, yang terletak di paling belakang kelas and of course on that particuar day, it was a looooooooooong walk back, saya memberi ketenangan pada diri saya kerana sekurang-kurangnya, saya fikir, walaupun syarahan saya sungguh wtf, at least saya memberi Cikgu J. small talk dengan isterinya ketika dinnertime malam kelak. 'Awak tau tak manja, budak U.S tu memang mangkuk....'

Jadi, setiap sekali masuk waktu bahasa malaysia saya akan mendoakan agar berlakunya sesuatu( yang sudah tentu non-fatal dan tidak bahaya) kepada Cikgu Jamain seperti tayar pancit ke, terbasah seluar di bahagian seluat yang tak sepatutnya, Cikgu atau pelajar histeria ke? You know, sesuatu yang menghalangnya dari masuk kelas. Tetapi oleh sebab, saya tidak tahu lagi teknik-teknik law of attraction (aka the secret atau power of the subconscious mind), Cikgu Jamian akan tetap melangkah masuk.

Anyway, Pantun after wtf pantun, syarahan after wtf syarahan, sajak after sajak. Wtf after wtf, saya lambat laun mendapat C3 semasa peperiksaan SRP.

Honestly, somehow, that sinister old man, had played some part in my malay language because i can remember details of his torcher. Dan walaupun dia tidak mengajar saya BM selepas form 5, saya medapat C3 untuk SPM - which is still bad but not so bad lah.. Saya percaya itu pun disebabkan adanya soalan esei 'wawancara' dalam soalan peperiksaan SPM. ( And note : i believe this was the first hint of scriptwriting). Of course i was disappointed because i was in that angst mood to prove the world, that this broad aint stupid and because me and friend Gina, wrote it in our capsule of list of targetted subject that BM would be A1 ( we buried that list of SPM target results somewhere in the vicinity of SMS Muar. Cant remember where tho.) Apa-apapun saya menghembus sigh of relief kerana apabila SPM dah habis! Kerana saya masih tak sedar diri, saya sungguh gembira dengan hakikat yang saya boleh pegi ke UK untuk belajar Law dan tak payah cakap Melayu selama-lama-lamanya. Yahoo!!!

Tapi, all was not rosey and my plan to never ever ever speak malay again would not happen...kerana sebaik sahaja saya menjejak kaki saya buat A-LEVEL , saya telah culture shock!

Firstly, rupanya lebih ramai yang tera bercakap inggeris dengan lebih laju dan lebih slango dan juga lebih banyak vocabulari dan mereka tidak perlu pun pergi ke luar negara untuk bercakap demikian!!! Oh My gawd!

Kedua, tiba-tiba saya menyedari lidah tidak lagi dapat menggulung 'R' dengan effortlessly seperti manusia America yang lain....dan sambil memberus baju dengan sabun Fab di bilik air, saya praktis diam-diam....

Attempt 1 : "You know, rite.."
Attempt 2 : " You know, rite."

Wtf

Attempt 3 : "you know, Rrite..'

Finally..Phew. Still Got it.

Dan ketiga, yang paling 'hit me in the crotch' dan 'wtmf' adalah apabila di konfrontasi oleh manusia-manusia terutama yang dari KL, yang bisa berbicara inggeris dengan sungguh effortles, the worst had beset me...

Yes. When confronted with another fast speaking malay, i realized began translating what i had to say from MAlay to english..

And images of Cikgu J began looming again.. The man had done his deed.

Damn you cikgu J - i was beginning to think in Malay!

Ohhh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

Bersambung ke JAngan MAlu Cakap melayu (Part 3)

7 comments:

:: Aku :: said...

ahahahha...lawaks laa entry ni...terbayang-bayang perut Cikgu Jamain tu tergerak-gerak masa gelak ahahah...ape laa...

anyway, thanx kat Cikgu J...ur malay seems ok...tak teruk pun...sempoi ada laa eheheh...

WAN HASLIZA said...

thanks. I hope its good.... kalau tak sia-sia kena dera.. hehe..

~*PuTeRi^HaiFaNuRi*~ said...

best citer ni...

u r invited to follow my blog kayh!!

=)

Eskapisminda said...

Hi Wan, I have read this entry a few times and enjoy it every time. You memang terer best la screenwriting. I boleh imagine (with colors!) whatever that you write about. Bila nak blog lagu ni? :)

Eskapisminda said...

opps..i mean 'lagi' (not lagu..duh)

Ajami Hashim said...

part 3 plsss! dah ketagih baca nih! ahahaha!

el-bodent said...

where is part 3?.....please..