
Konsep Asal : Rogue, Liza
Skrip : Hazo/ Liza
Art : Lobak Oren / McLelun
Sayap was conceived by Rogue and Me, six years ago, at Mutiara Damansara and since the conception, we have tried to round up some talents that would realize the novel. Pasukan kreatif terdiri daripada saya dan Rogue, pelukis-pelukis yang sangat amat talented iaitu Lobak Oren (Zulfadhly), Rogue dan McLelun/Lun. Penulis terdiri daripada saya dan Hazo Mahyuddin.
Walaubagaimanapun disebabkan komitmen kerja dan selainnya, kami tidak dapat menyiapkan projek ini. Our team shall be focusing to complete this project in the next coming months.
The Synopsis of Sayap is a per below but before that , here are some pages from graphic novel. Its all been translated to English but shall be translated back in MALAY for publication.





Here's the synopsis in Malay
SAYAP adalah kumpulan cerita-cerita dongeng melayu yang dimodenkan dan dikumpulkan menjadi satu trilogi yang menarik. Bahagian pertama di panggil 'SAYAP', bahagian kedua 'BATU' dan yang ketiga adalah "KAYANGAN".
Secara amnya, SAYAP mengisahkan tentang puteri kayangan yang ke-7 ( daripada dongeng Puteri 7) iaitu Puteri Tira Kecubung Arorawinata.
Seperti dongengnya, ketujuh-tujuh puteri kayangan turun ke Bumi untuk mandi tetapi semasa di bumi, puteri ke-tujuh kehilangan sayapnya yang disembunyikan oleh seorang lelaki dan tidak boleh pulang ke Kayangan.
Dalam novel ini 'SAYAP' disembunyikan oleh Tanggang Syahrun Kudar ( daripada cerita dongeng Si Tanggang) seorang selebriti dan bintang filem hebat di Nusantara! Tira kemudiannya jatuh cinta dengan Tanggang dan akhirnya bertunang tengan Tanggang. Apabila kakak-kakaknya datang kembali untuk membawanya pulang ke Kayangan, Tira menolak untuk pulang ke Kayangan.
Akan tetapi, Puteri Selasih Mayang Huri( Puteri Gunung Ledang), anak kepada tycoon Dato Megat Bijan yang memiliki LEDANG MEDIA CORP, menggoda Tanggang dan akhirnya melarikan diri bersama Tanggang. Terkejut dan kecewa dengan berita ini, Tira dilawati oleh Tan Seri Kancilamada yang menjelmakan diri sebagai seekor kancil yang bijaksana ( dongeng Sang Kancil) yang memberitahunya yang Sayapnya yang dikhuatiri hilang sebenarnya selama ini disembunyi oleh Tanggang dan sayapnya telah di bawa oleh tunangnya bersama-sama dengan Selasih Mayang Huri.
Dengan bantuan Prof Badang Indrawasih, Tira Kecubung bersama dengan Prof Badang Indrawasih memulakan satu pengembaraan seluruh dunia mencari Tanggang dan sayapnya yang hilang.
Synopsis ( english)
Set in a modern setting, ‘Sayap’ tells the story of the seventh princess ( of 7 Puteri fame) who we named Tira Kecubung Aurorawinata, search for her long lost wings.
Once upon a modern and concrete time, Tira Kecubung and her 6 fairy sisters went down to earth for a bathing escapade at the Kota Tinggi waterfalls, they were spied upon by the handsome movie star, Syahrun Tanggang Kudar (of fame Tanggang).
Besotted by Tira’s good looks, Syahrun Tanggang later on, stole Tira’s wings causing her to be stranded on earth as her sisters ascend to the magical kingdom of Kayangan. As the fairies are only allowed to descend earth every solstice, Tira is left on earth for a full six months. Tanggang works his magic on Tira and they fall in love. When her sisters return to bring Tira back to Kayangan, Tira refuses. Tira and Tanggang gets engaged to cement their ever growing love.
However, Tanggang is later seduced by Puteri Selasih Mayang Huri ( daughter of owner of Ledang Media Corp) and runs away with her, bringing Tira's wings together with them.
Tira is visited by Tan Sri Kancilamada or Sang Kancil and is shocked to discover that Tanggang has hidden her wings all this while and now has run away with it.
Believing that Tanggang was put under a spell, Tira seeks the help of Professor Badang Indrawasih to find her wings. They embark on a wonderful journey to search for her beloved Tanggang. However, a long the way, Tira begins to reassess her feeling for Tanggang and start developing feelings for the kindhearted but scrawny Badang.
No comments:
Post a Comment